Search This Blog

Friday 27 April 2012

Tarian Aerobik

Tarian aerobik atau dipanggil senamrobik dilakukan oleh sekumpulan orang dengan pergerakan atau kareografi yang telah diatur mengikut muzik dengan beat atau kelajuan tertentu dengan dimulakan dengan memanaskan badan, kareografi tarian, kondisasi otot dan menyejukkan badan. Di Malaysia, kita dapat lihat pelbagai jenis orang termasuk mereka yang montel, bulat menjadi jurulatih senamrobik dengan harapan untuk mengajar orang lain menguruskan badan. Apa perasaan anda, jika anda berhajat untuk kuruskan badan dan bersemangat untuk cuba senamrobik, sekali sampai ke kelas, ‘aik, jurulatih lagi besar dari aku la’.

Kenapa ramai memilih senamrobik berbanding gymnasium? Alasan utama adalah kerana keseronokan. Di gym rasa terlalu seksa ingin menghabiskan latihan walaupun ada lagu-lagu menarik. Adakah senamrobik berkesan? Kebiasaannya senamrobik disertai oleh 1 kumpulan yang besar di mana dalam kumpulan tersebut mungkin ada yang berumur 16 tahun, ada yang berumur 61 tahun, ada dengan tahap kecergasan yang baik, ada yang baru hendak bermula. Jadi daripada situ kita dapat lihat kepelbagaian denyutan jantung yang mengikut satu rentak lagu. Ada jurulatih gemar membawa lagu rentak tinggi, ada yang bawa lagu rentak rendah. Bayangkan mereka yang dah agak berumur mengikut lagu rentak tinggi. Adakah kadar nadi latihan mereka berada pada tahap membakar lemak? Adakah berada pada tahap 65%? Atau mungkin mencecah tahap 90% daripada kadar nadi maksima?
Jadi daripada 100 orang peserta katakan, berapa ramaikah yang akan mendapat hasil yang dikehendaki? Ataupun anda masuk kelas senamrobik semata-mata untuk membakar kalori dan bukan membakar lemak? Kenapa agaknya ada jurulatih senamrobik berbadan gempal, montel, gemuk? Mereka sendiri tidak berjaya menguruskan badan dengan latihan yang mereka buat. Dengan intensiti tinggi, ada kemungkinan berlaku catabolisme, otot akan menyusut. Bila otot menyusut, metabolisme akan menurun. Jadi semakin lama semakin sukar untuk mendapatkan hasil. Bila berhenti senamrobik, badan naik balik, mungkin lagi teruk.
Bukan nak kata senamrobik tidak bagus. Tetapi buat pilihan yang baik untuk memilih kelas. Jika di gym komersial, kita boleh pilih kelas, ada peringkat permulaan, pertengahan dan advance. Seeloknya jika menyasarkan bakar lemak, ikutlah sistem latihan yang betul. Di Malaysia, ada beberapa kesalahan yang dilakukan oleh sesetengah jurulatih, antara yang biasa ialah ketika kondisasi otot, mereka melakukan 2 kondisasi serentak. Bila 2 kondisasi dilakukan serentak, maka tiada penumpuan diberikan ke otot latihan.


No comments:

Post a Comment