Search This Blog

Friday 27 April 2012

Adakah Sauna Bakar Lemak?

Adakah sauna boleh membakar lemak? Sauna menjadi popular sejak akhir-akhir ini berikutan ada syarikat-syarikat MLM membawa masuk peralatan sauna seperti ‘steam bath’, ‘sauna pant’ dan lain-lain gelarannya. Syarikat MLM kini semakin pandai dengan mengupah doktor-doktor untuk bekerja dengan mereka atau mencari doktor dari luar untuk menyokong produk sauna mereka membakar lemak. Adakah ianya benar? Siapa yang jadi mangsa?

Duduk dalam sauna panas, untuk setiap tempoh masa akan membuat anda berpeluh. Berpeluh bermaksud keluar air dari tubuh badan anda. Semakin lama berpeluh, semakin banyak kehilangan air. Selepas 30 minit bersauna, keluar dan timbang berat. Hilang satu kilogram. Lepas itu bergembira, ‘yea~, aku turun sekilo’ Lepas itu tulis testimonial. ‘Dulu aku 100kg, lepas bersauna turun jadi 80kg’. Antara testimonial yang pernah saya tengok lagi, ‘Sebelum ini saya selalu selsema, bila bersauna hilang selsema’. ‘Mak dan nenek akak pun bersauna sekali, nenek akak dah berumur 80 lebih, sebelum ini selalu sakit pinggang, bila selalu bersauna dah kurang dah sakit pinggang’, ‘Setelah 2 bulan lebih bersauna, berat badan saya turun sebanyak 20kg, saya berasa sangat terkejut’. :D :D :D

Nak tergelak pun ada bila baca semua testimonial-testimonial itu. hahaha. Tak teragak buat testimonial untuk melariskan produk MLM nya. Sebab apa? Ingin keuntungan daripada sistem MLM. Rasanya selepas ini, ada pula isu pakai rantai boleh kuruskan badan, pakai tali pinggang ajaib boleh kuruskan badan. Syarikat-syarikat MLM menyebarkan banyak ideologi yang mana menjadi kepercayaan kebanyakan daripada kita. Antara ideologi yang disebarkan seperti penggunaan produk. Tanpa produk, seseorang itu tidak boleh kurus. Atau pun, kita memerlukan vitamin sekian-sekian kerana kalau nak cukupkan keperluan vitamin C dalam badan, kita perlu makan 50000 biji buah oren sehari iaitu bersamaan 1 biji pil vitamin MLM. Adakah semua ajaran itu benar? Saya tak pernah dengar pulak nenek moyang kita dahulu makan 50000 biji buah oren sehari. Dorang takde makan pil-pil vitamin ini. :D .Pelbagai benda telah disetkan dalam otak kita dengan cerita-cerita extravaganza. Makan ini boleh kurus, minum ini boleh hilang kanser dan sebagainya. Begitu juga dengan sauna. Saban hari semakin banyak iklan-iklan menunjukkan sauna boleh bakar lemak, sauna boleh hilangkan 50kg berat badan, sauna boleh bakar 600 kalori iaitu lebih tinggi daripada bersenam, jadi kenapa susah payah bersenam. Pelbagai ayat-ayat menarik digunakan untuk menarikkan pembeli yang mana pembeli akan terus jadi downline mereka dan mencari downline lagi. Inilah MLM. Ayat terkenal mereka, ‘saya hanya ingin membantu’. :D . Portable Sauna telah disenaraikan sebagai satu dari 30 ciptaan paling bodoh di laman web www.life.com.

Apa itu sauna?
Sauna merupakan satu bilik kecil yang merupakan ruang tertutup yang direka khas agar wap terperangkap samada kering atau basah dengan suhu sekitar 60 hingga 100 darjah celcius. Sauna dapat dbahagi kepada dua, sauna konvensional yang memanaskan udara dan sauna infra red yang memanaskan objet. Sauna boleh menggunakan pelbagai bahan bakar seperti arang, karbon dan bahan lain. Tujuan asal penciptaan sauna adalah untuk pemanasan badan, tetapi kini disalah gunakan untuk tujuan pengurusan berat badan.
Keburukan
Sauna boleh jadi bahaya disebabkan pemanasan dan berisiko untuk hipertermia. Kanak-kanak dan orang tua yang ada sakit jantung dan mereka yang menggunakan alkohol atau kokain adalah mereka yang berisiko.Duduk lama di dalam sauna boleh menyebabkan kehilangan elektrolit badan. Risiko dehidrasi boleh menyebabkan strok panas. Risiko-risiko ini boleh diatasi dengan minum jumlah air yang mencukupi. Selepas sauna, adalah penting untuk meminum kembali air yang telah hilang.
Kebaikan Sauna
Banyak sebenarnya kebaikan sauna ini. Antaranya membersihkan kulit. Sauna menyebabkan berpeluh dan mandi selepas sauna boleh membersihkan kulit daripada mandi biasa. Sauna juga meningkatkan perjalanan darah dan oksidasi sel-sek, tisu dan organ. Ini meningkat kemampuan tubuh utuk menghasilkan tenaga yang pada masa sama mempercepat pemulihan. Sauna juga mampu meningkatkan prestasi seseorang atlet yang banyak menggunakan stamina. Sauna juga didakwa mampu mencegah beberapa penyakit seperti radang sendi disamping ada disyorkan digunakan sebagai rawatan sakit-sakit seperti sakit otot, glaucoma, sindrom keletihan kronik, fibromyalgia, penyembuhan selepas melahirkan anak, diabetis, hipertensi, aterosklerosis hiperlipidemia, anorexia nervosa, meningkatkan aritma jantung dan mengurangkan denyut jantung ketika latihan.
Menurut kajian sauna juga mampu mengurangkan tekanan degan mengurangkan paras hormon adrenalin dan noradrenalina serta meningkatkan paras endorphin beta. Bagaimanapun, ia juga menyebabkan kenaikan substansial dalam ACTH (hormon adrenokortikotropik) dan kortisol disebabkan tekanan hipertermia. Kortisol tetap tinggi walaupun selepas 30 minit di dalam sauna. Menurut kajian sauna juga dapat mengurangkan prostaglandin F2alpha dan melindungi badan dari tekanan oksidasi. Ia dapat meningkatkan pengaktifan monosit terhadap bakteria dan endotoksin.
Kajian juga menunjukkan sauna diikuti dengan mandi air telah dapat mengurangkan rasa sakit pada rheumatoid arthritis di mana rasa sakit dimediasi oleh simpatetik c-fiber peka. Selalu bersauna meningkatkan peredaran mikro yang mengurangkan vasokonstriksi dan hipertensi. Sauna meningkatkan bekalan mikrosirkulasi dan darah ke tempat-tempat terhad disebabkan vasokonstriksi.
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa adaptasi sejuk melalui stimulus sejuk seperti berendam dalam air sejuk mempunyai manfaat tambahan utuk meningkatkan kebolehan antioksida badan dengan peningkatan glutathione dan pengurangan asid urik. Paras glutathione memainkan peranan penting dalam kesihatan kardiovaskular, penyakit paru-paru, kencing manis, penyakit radang usus, kanser, osteoporasis, penuaan, penyakit degeneratif neuro, CFS, dan lain-lain. Peningkatan asid urik menjadi faktor untuk gaot, penyakit metabolisme dan penyakit vaskular.
Satu kajian dari Institut Trombosa di London tentang kesan dari mandi sejuk mendapati bahawa sukarelawan yang mengikuti kajian harian mandi sejuk selepas sauna mendapati peningkatan kekebalan sel darah putih dan tahap enzim pencair darah semulajadi meningkat. Ia juga merancang pengeluaran hormon testosteron untuk lelaki dan estrogen untuk perempuan. Ia juga dapat mengurangkan gejala kekejangan otot dan mempengaruhi frekuensi pernafasan. Ini boleh menyebabkan modulasi imunologi dalam pola jenis-TH1, iaitu profil sitoki pro inflamasi. Profil ini terlibat dalam penyakit seperti arthritis, diabetis, myopathies inflamasi, penyakit usus inflamasi, psoriasis, CFS, fibromyalgia, sakit kronik keletihan, penyakit auto imun dan lain-lain keadaan inflamasi. Adaptasi daripada air sejuk mengurangkan jumlah kolesterol dan kolesterol LDL, menurunkan kepekatan plasma dan tekanan darah. Rendam dalam air sejuk mengurangkan masa pemulihan untuk atlet dan meningkatkan prestasi.
Saya menggalakkan anda bersauna kerana banyak kebaikan sauna tetapi bukan bertujuan untuk kuruskan badan seperti mana yang diwar-warkan oleh peniaga-peniaga MLM.

Adakah sauna membakar lemak?
Tidak. Sauna tidak boleh digunakan untuk membakar lemak walaupun ada sedikit peningkatan metabolisme ketika bersauna melainkan jika anda bersenam di dalam sauna. :D . Penurunan berat badan selepas bersauna adalah disebabkan kehilangan air dalam badan yang mana perlu digantikan segera.
Adakah sauna membakar kalori?
Ya. Aktiviti seharian kita semuanya membakar kalori. Kita tidur pun bakar kalori. Badan akan cuba melawan suhu panas dengan menyejukkan badan. Ini menggunakan kalori yang agak tinggi iaitu untuk 30 minit membakar 300 hingga 500 kalori. Kalori bukan bermaksud lemak. Kalori daripada pelbagai sumber yang mana sumber pertama daripada glikogen. Jadi tak perlulah bercerita mengatakan pembakaran kalori daripada sauna lebih tinggi daripada sesetengah senaman dan menggalakan orang lain supaya jangan bersenam.

No comments:

Post a Comment