Search This Blog

Sunday 22 April 2012

Masalah Tidur


Dianggarkan sekitar 25 peratus mempunyai masalah tidur dan kira-kira 10 peratus kronik. Kekurangan tidur boleh memberi kesan kepada keupayaan untuk menjalankan tanggungjawab harian disebabkan terlalu letih atau mungkin sukar memberi tumpuan. Boleh dikatakan semua jenis insomnia boleh menyebakan mengantuk di siang hari, daya penumpuan jadi lemah dan ketidakupayaan untuk merasa segar pada waktu pagi.
Kebanyakan orang dewasa memerlukan sekitar 8 jam tidur sehari dan berkurangan dengan usia dimana apabila mencecah umur 60 tahun, 6 jam sudah memadai. Walau bagaimana pun, apabila mencecah umur 60 tahun, kebanyakan mungkin mengalami insomnia. Seorang atlet yang berlatih agak berat seperti atlet bina badan mungkin memerlukan rehat yang lebih. Mungkin sehingga 10 jam sehari.

Penggunaan ubat-ubatan untuk merawat insomnia tidak digalakkan kerana berkemungkinan membawa kesan sampingan. Walaupun bahan seperti melatonin boleh didapati secara terus tanpa preskripsi doktor, tetapi penggunaan untuk jangka masa panjang tidak dapat diramal lagi. Antihistamine pula boleh membawa kepada pergantungan dan peningkatan tolenrasi dari masa ke semasa sehingga boleh menjejaskan memori.
Beberapa antidepresan seperti trazadone juga boleh membuatkan anda mengantuk. Jika insomnia adalah disebabkan kemurungan, rawatan boleh dilakukan dengan ubat-ubatan melalui pengawasan doktor tetapi tetap perlukan terapi untuk menyelesaikan masalah. Sedatif benzodiazepine seperti clanozapam atau lorazepam juga boleh membantu tetapi boleh juga menyebabkan ketagihan.
Ubat terkini yang dipanggil hynpotic membantu mengurangkan masa yang membawa ke tidur. Ia tetap membawa ke ketagihan walaupun kesannya mungkin tidak ketara seperti ubat yang lain. Contoh hynpotic seperti zolpidem dan zaleplon.
Penggunaan ubat-ubatan juga mungkin membawa kesan sampingan seperti reaksi alahan yang teruk dan kemungkinan rasa mengantuk yang tidak terkawal yang mungkin terjadi pada bila-bila masa seperti masa memandu yang mana akhirnya boleh menyebabkan kemalangan di jalan raya.
Insomnia boleh menyebabkan:
- Lingkaran hitam di bawah mata
- Kekeliruan
- Keletihan
- Mudah marah
- Perubahan postur
- Kekurangan tenaga
Ubat-ubatan mungkin membantu dalam jangka masa yang singkat tetapi tidak menyelesaikan masalah. Seeloknya kenal pasti puncanya dan cuba perbetulkan, jika boleh.
Masalah tidur di kalangan dewasa mungkin disebabkan oleh:
- Penuaan
- Ketagihan arak
- Tiba-tiba berhenti minum arak selepas mengamalkan untuk satu jangka masa yang panjang
- Kebimbangan atau anxiety
- Keadaan persekitaran termasuk bilik, katil yang tidak mengalakkan
- Tekanan atau depresi
- Penyakit seperti pembesaran prostat, cystitis, COPD, artritis, heartburn, masalah jantung atau masalah paru-paru
- Kegembiraan atau keghairan
- Kerap buang air kecil
- Kesedihan
- Penggunaan dadah seperti amfetamine, kokain
- Penerbangan
- Kurang pendedahan kepada cahaya yang terang atau cahaya matahari
- Penggunaan ubat-ubatan seperti ubat tiroid, ephedrinephenylpropanolamine, kebanyakan produk pembakar lemak dan sebagainya
- Tiroid terlalu aktif
- Sindrom restless leg atau nocturnal myoclonus
- Kerja syif
- Tidur terlalu banyak pada waktu siang
- Pengambilan perangsang pada waktu petang atau malam termasuk nikotin, alkohol, kafein dan sebagainya
- Tiba-tiba menghentikan ubat tidur
- Rangsangan terlalu banyak sebelum tidur, seperti menerima suatu berita yang menyebabkan terlalu banyak untuk difikirkan
- Corak tidur yang tidak betul
- Makan terlalu berat atau terlalu kurang sebelum tidur
- Senaman melampau sebelum tidur
Manakala masalah di kalangan bayi mungkin disebabkan oleh:
- Keinginan mendapatkan perhatian daripada ibu bapa
- Demam atau penyakit lain
- Kelaparan
- Masalah penghadaman
- Tumbuh gigi
- Gangguan luar
Antara cara yang boleh digunakan pakai untuk merawat insomnia:
- Elakkan situasi marah atau tekanan emosi sebelum tidur
- Elakkan pengambilan alkohol pada sebelah malam
- Elakkan pengambilan kafein sekurang-kurang 8 jam sebelum tidur
- Berhenti merokok kerana nikotin adalah perangsang
- Makan ringan sebelum tidur
- Cipta satu paten untuk tidur
- Bersenam secara teratur tetapi bukan terlalu ekstrim sebelum tidur
- Seks boleh jadi pencetus tidur semula jadi
- Bersantai dengan membaca bahan bacaan yang ringan
- Mandi sebelum tidur
- Mendengar muzik yang mendamaikan dan mengantukkan
- Jangan mendekati televisyen atau komputer yang mana boleh menyebakan anda leka
- Ubah suai bilik tidur sehingga timbul suasana untuk tidur jika di bilik tidur
- Elakkan tidur disebabkan rasa bosan
- Berjumpa pakar sekiranya anda berdepan masalah tekanan
- Terapi seperti urutan, akupuntur dan sebagainya
Masalah-masalah lain berkaitan tidur
Apnea – Masalah berdengkur yang kuat. 
Narcolepsy – Seorang itu mungkin tiba-tiba sahaja tidur pada bila-bila masa. Tidurnya mungkin sekejap atau mungkin ke beberapa jam. Seseorang itu boleh tidur semasa memandu, semasa berbual, makan dan sebagainya.
Sindrom restless leg – Juga dikenali sebagai nocturnal myoclonus. Mereka dengan sindrom ini akan mempunyai perasaan tidak selesa, sakit atau bergerak-gerak ke dalam kaki mereka. Berjalan atau pergerakan di kaki biasanya mampu melegakan ketidakselesaan sementara. Sindrom ini menyebabkan seseorang itu perlu berjalan untuk melegakannya. Punca jelas sindrom ini tidak diketahui. Ia juga mungkin disebabkan kekurangan zat besi.
Parasomnia – Ia adalah aktiviti fizikal yang tidak diingini yang berlaku semasa tidur yang melibatkan aktiviti otot rangka, perubahan sistem saraf atau kedua-duanya. Mereka dengan parasomnia boleh berjalan, menjerit, menyusun semula perabot, makan makanan yang ganjil, penggunaan senjata dan sebagainya. Pernah tengok filem ‘Im not Single’ lakonan Lisa Surihani?
Penuaan – Ada 2 jenis kitar tidur iaitu REM (rapid eye movement atau tidur bermimpi) dan non-REM (tidur mati). Setiap orang mempunyai sekitar 4 hingga 5 kitaran REM dan non-REM. Apabila umur meningkat, jumlah masa yang dalam non-REM menurun. Ini menyebabkan warga tua sukar untuk tidur.
Nota: Menurun kajian, tidur yang pendek sekitar 8 minit di waktu tengahari membantu meningkatkan produktiviti. Di Jepun, terdapat banyak syarikat menggalakkan pekerjanya tidur sebentar di waktu tengahari untuk meningkat produktiviti syarikat.

No comments:

Post a Comment