Search This Blog

Monday 2 April 2012

Kardio Sebelum Atau Selepas?


“Adakah saya perlu melakukan latihan kardio sebelum atau selepas latihan bebanan?”
Ini adalah satu persoalan yang sering ditanya oleh kebanyakan orang dan akhirnya mendapat pelbagai jawapan. Jawapan mungkin dipengaruhi oleh sasaran samada untuk turunkan berat badan, tambah otot, kekuatan dan sebagainya.
Kalau tanya saya, saya cakap dua-dua betul tetapi dua-dua ada pro dan kontranya.
Kardio Selepas Latihan Bebanan
Secara logiknya, latihan bebanan akan menggunakan banyak bahan bakar daripada sumber glukosa dan glikogen simpanan. Seperti yang diketahui, latihan anaerobik tidak bakar lemak secara langsung tetapi senaman aerobik mungkin menggunakan lemak sebagai bahan bakar. Jadi teorinya, latihan bebanan akan mengurangkan sumber tenaga daripada glikogen dan apabila masuk ke kardio, badan akan gunakan lemak sebagai sumber tenaga.
Ironiknya, apabila badan melalui latihan bebanan yang berintensiti tinggi, ada kemungkinan paras kortisol akan meningkat. Paras kortisol meningkat apabila tertekan. Apabila kortisol meningkat, lemak menjadi sukar dibakar.
Kardio Sebelum Latihan Bebanan
Ramai yang beranggapan, apabila melakukan latihan kardio sebelum latihan bebanan, mereka tidak mempunyai tenaga yang mencukupi untuk melakukan latihan bebanan dengan keupayaan tertinggi. Kardio sebelum latihan bebanan menguatkan arteri dan menyebabkan ia elastik yang mana elok untuk kesihatan jantung.
Kajian menunjukkan perbezaan elastisiti arteri antara mereka yang banyak melakukan senaman kardio dan yang kurang melakukannya. Mereka yang kurang melakukannya latihan kardio memiliki arteri yang keras

Kedua-duanya ada pro dan kontra. Jika anda buat latihan bebanan mencecah sehingga 2 jam, saya kata lupakan kardio untuk hari itu. Apa kata buat latihan kardio pada hari berasingan. Jika latihan bebanan sekitar 45 minit, boleh lakukan latihan kardio selepas itu. Secara psikologinya, sukar untuk buat latihan kardio selepas latihan bebanan. Apa-apa pun banyak pilihan kardio lagi berbanding dengan kardio tradisional. Pilihlah yang mana sesuai dengan anda.

No comments:

Post a Comment