Search This Blog

Tuesday 24 April 2012

Pil dan Minuman


Tahukah anda yang anda tidak boleh mengambil ‘kebanyakan’ pil dengan sebarangan air?
Air Panas
Ramai yang tidak tahu bahawa kebanyakan pil, lebih-lebih lagi untuk tujuan perubatan seperti demam tidak boleh diambil dengan air panas. Salah satu disebabkan suhu. Satu lagi dipercayai ada kemungkinan ubat tersebut lambat turun ke perut untuk dihadamkan. Tiada kajian lanjutan berkenaan pil dan air panas. Cuma tersebar satu khabar angin berkenaan cerita seorang lelaki yang mengambil antibiotik dengan air panas sehingga menyebabkan radang di esofagus sehingga tidak boleh makan kira-kira seminggu dan hanya boleh minum susu. Cerita ini disebarkan menerusi surat berantai.
Air Ais
Asas penghadaman di perut sangat mudah, menurut suhu badan. Air ais menurunkan suhu dan menyebab 2 kerja di dalam sistem pencernaan yang mana menyebabkan tidak berapa efisien. Jangan bandingkan diri dengan situasi di tempat lain seperti negara panas. Mereka sudah menyesuaikan diri dengan cuaca.
Air Buah
Air anggur menyebabkan badan menyerap terlalu banyak kandungan ubat tersebut dalam sesuatu masa sedangkan ubat tersebut dibentuk supaya penyerapannya menurut suatu kadar. Tahukah anda bahawa bentuk ubat adalah untuk menghalang penyerapan segera ubat-ubatan dalam sesuatu masa. Jangan dipecahkan penadol kepada serbuk jika tidak perlu. Air buah lain seperti epal, oren akan menyebabkan badan menyerap terlalu sedikit ubat dan buang yang selebihnya.
Kopi, Teh, Soda
Keasidan dan kafein akan meningkatkan lelah bagi mereka yang mengambil ubat lelah. Manakala dengan aspirin atau ubat tahan sakit akan menyebabkan heartburnHeartburn juga dikenali sebagai pyrosis yang mana merupakan sakit seperti terbakar di dada. Sakitnya biasa bermula di dada dan mungkin berlarut ke leher dan kerongkong. Manakala keasidan pula menyebabkan ubat yang diambil larut lebih cepat daripada sepatutnya. Keasidan juga mengurangkan pengeluaran mukus perlindungan di antara perut dan esofagus dan dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan ulser.
Susu
Kalsium dalam susu akan menyerapkan sebahagian khasiat ubat. Walaupun badan menyerap kalsium tersebut tetapi badan tidak akan mendapat kesan penuh ubat tersebut. Susu juga mengambil masa 3 kali ganda lebih lama daripada air untuk memecahkan pil tersebut disebabkan lemak di dalam susu.
Jika semua tak boleh, apa yang boleh?
Senang cerita, ambillah pil dengan air kosong pada suhu bilik. Tapi bukan semua pil, kebanyakan sahaja. Ada pil yang memerlukan air berlainan untuk bertindak dengan lebih baik. Ada pil yang elok diambil dengan air suam. Dapatkan nasihat doktor jika perlu.
Nota: Pil dan kapsul tak sama. Pil yang diceritakan diatas adalah pil untuk tujuan perubatan dan bukannya vitamin dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment