Search This Blog

Thursday 7 June 2012

Peluh Berlebihan?


Bagaimana mengurangkan peluh?”
Persoalan yang mungkin mengganggu ramai orang di seluruh dunia. Rasa rimas bila peluh mengalir bagaikan air paip ketika bersenam sehingga timbul rasa geli bagi sesetengah pengunjung gim yang lain. Peluh berlebihan adalah satu keadaan yang dipanggilhiperhidrosis. Ia adalah disebabkan oleh kelenjar peluh yang terlalu aktif. Biasanya masalah ini memberi kesan kepada kawasan-kawasan tertentu seperti ketiak, tapak tangan, muka dan sebagainya. Ada juga yang berpeluh satu badan. Kebimbangan akibat berpeluh boleh meningkatkan pengeluaran peluh lebih banyak.
Jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan, masalah berpeluh mungkin bertambah buruk. Lemak berlebihan menjadikan badan lebih sukar menyingkirkan haba berlebihan. Lemak bertindak sebagai penebat. Senaman yang teratur boleh membantu kelenjar peluh anda menghasilkan peluh yang kurang.
Minum lebih banyak air akan memastikan suhu badan anda rendah dan mengurangkan peluh. Ramai yang amal sebaliknya dengan mengurangkan minum. Suhu badan akan meningkat apabila kemasukan air rendah. Dalam masa sama pakai pakaian longgar yang dibuat daripada poliester dan bukannya kapas. Kapas membuat badan kering dan tidak membenarkan udara melaluinya.
Elakkan pakaian gelap. Pakaian cerah menyerap kurang haba berbanding pakaian gelap. Kurang haba bermaksud kurang peluh dihasilkan. Cuba elak daripada tempat-tempat yang mempunyai aliran udara yang sedikit atau tiada langsung. Mandi akan membantu menyejukkan badan anda. Mandi juga membantu menjaga kulit dengan membersihkan, mengurangkan bau yang dikaitkan dengan peluh. Gunakan sabun antibakteria untuk mencuci badan untuk mengurangkan kuman pada kulit. Bakteria adalah penyebab bau badan yang dikaitkan dengan berpeluh.
Produk antiperspirant atau deodoran mempunyai badan yang mengurangkan keupayaan badan untuk berpeluh. Sesetengah produk adalah kombinasi kedua-duanya dan bekerja dengan baik mengawal jumlah peluh dan membantu menutup aroma peluh.
Elakkan minuman berkafein seperti coca-cola, fat burner yang kebanyakan tinggi kafein, kopi dan sebagainya. Elakkan juga minuman alkohol. Elakkan makanan yang meningkatkan keperluan badan untuk berpeluh seperti kari, makanan pedas, bawang, bawang putih, daging merah dan mana-mana makanan yang mempunyai bau yang kuat. Tingkatkan pengambilan sayuran hijau. Kebanyakan sayuran hijau membantu mengurangkan keinginan badan untuk berpeluh.
Terdapat beberapa petua yang mungkin membantu sesetengah orang, sepeti mengunakanbaking soda dan air. Sapukan baking soda dan air ke tempat berpeluh seperti ketiak dan biarkannya kering. Buat beberapa kali dalam sehari untuk beberapa hari. Ia membantu kebanyakan orang mengurangkan peluh.
Ada kes yang memerlukan rawatan yang dipanggil iontoforesis. Rawatan ini melibatkan penggunaan arus elektrik ke kawasan yang terjejas. Ia mungkin berkesan dan mungkin juga tidak berkesan. Dalam kes yang lebih teruk, pembedahan mungkin boleh dilakukan. Pembedahan boleh dianggap langkah terakhir. Pembedahan mungkin mengeluarkan seluruh kelenjar peluh atau menyekat saraf yang menghantar isyarat dari sistem saraf kepada kelenjar peluh.

Friday 18 May 2012

Mengira Peratus Lemak

Apakah cara yang paling berkesan dan praktikal untuk mengira peratus lemak?
Terdapat banyak teknik mengira peratus lemak dan berat ideal. Antaranya seperti:
Body Mass Index (B.M.I.)

Wednesday 9 May 2012

Makanan Mencantikkan Kulit


Soalan: Adakah terdapat makanan tertentu untuk memperbaik kulit? Disebabkan kulit berlebihan, dulu pernah gemuk dan kini kurus. Kulit kusam, berkedut dan sebagainya.
Jawapan: Terdapat makanan yang membantu mencantikkan kulit, mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan, kekeringan, penipisan kulit, dan kulit berlebihan.

Tuesday 8 May 2012

Makanan Asid VS Alkali


Kebanyakan orang mungkin tak sedar, paras pH badan boleh menjejaskan kesihatan anda. Makanan yang tinggi kandungan asid menghalang tindakan saraf, manakala makanan yang kaya dengan alkali merangsang tindakan saraf. pH darah kita adalah 7.365 atau dibundarkan ke 7.4 yang mana sedikit ke arah julat alkali. Julat asid adalah daripada 0 ke 7 dan alkali daripada 7 ke 14.

Wednesday 2 May 2012

Makanan Anabolik


Makanan terbaik untuk membina otot adalah yang mengandungi keseimbangan dari segi kuantiti karbohidrat, protein dan lemak yang diperlukan badan. Pemilihan makanan agak mudah, cuma beberapa perkara yang perlu anda ingat. Pertama protein adalah bahan mentah untuk membina tisu otot. Kedua karbohidrat sebagai sumber tenaga dan dalam masa sama disimpan sebagai glikogen di dalam badan anda yang boleh ditarik keluar apabila tenaga diperlukan. Dan ketiga, lemak menjaga fungsi penting badan kita. Disini saya senaraikan beberapa pilihan makanan yang baik untuk otot:
Produk Gandum Penuh, Beras Perang, Oat

Tuesday 1 May 2012

Makanan Pedas


Adakah makan makanan pedas elok untuk anda? elok untuk diet anda? Ada sesetengah orang rasa tidak nikmat makanan jika tidak dicampur cili. Bahan dalam cili yang menyebabkan rasa nikmat terbakar itu dipanggil capsaicin.
Tahukah anda?

Tip Besarkan Trap


Bagaimana membesarkan otot trap atau nama panjangnya trapezius? Apakah tip-tip membesarkannya? Mesti ramai suka trap tinggi. Trapezuis adalah otot besar di bahagian belakang badan.