Search This Blog

Tuesday 10 April 2012

Intoleransi Laktosa


Apa itu intoleransi laktosa atau lactose intolerance? Pernah minum ‘weight gainer‘ dan rasa sakit perut? Cirit birit?
Intoleransi laktosa bermaksud badan tidak boleh menghadamkan gula laktosa, gula yang mana biasanya ditemui dalam susu dan produk tenusu. Apabila laktosa melalui usus besar tanpa dihadamkan dengan sempurna, ia menyebabkan tanda-tanda seperti perut bergas, sakit perut, kembong dan sebagainya yang kebanyakannya berakhir dengan cirit birit. Ada orang yang sangat teruk dimana tak boleh ambil langsung produk susu, ada yang boleh ambil sedikit.
Apa yang menyebabkan berlakunya intoleransi laktosa? Ia ada keadaan di mana usus kecil tidak dapat menghasilkan enzim lactase yang mencukupi. Kadang kala, perut mungkin menghentikan penghasilan lactase untuk seketika ketika sakit perut atau sakit cycstic fibrosis. Usus kecil juga mungkin menghentikan penghasilan lactase selepas pembedahan buang sebahagian usus kecil. Keadaan ini mungkin sementara atau kekal.
Mereka yang sebelum ini tiada masalah intoleransi laktosa mungkin mendapat masalah ini seiring dengan umur. Bukan sahaja dengan umur, tetapi juga disebabkan pengambilan produk tinggi laktosa secara tiba-tiba dengan banyak, iaitu biasanya pengambilan ‘weight gainer‘.Intoleransi laktosa yang menyebabkan cirit birit bukan sesuatu yang patut dibiarkan. Cirit birit dalam satu masa yang lama tidak elok untuk usus anda.
Apa yang boleh dibuat? Cuba tambahkan psyllium husk iaitu serat organik yang biasanya boleh didapati di farmasi. Jika tidak berkesan untuk menghentikan cirit birit anda, bermakna intoleransi laktosa anda sangat teruk. Anda juga boleh tambahkan supplemen lactase, biasanya mengandungi lactobacillus acidophilus, sejenis probiotik. Anda perlu ambil supplemen itu setiap kali ingin mengambil produk laktosa tinggi. Walau bagaimana pun, anda tidak sepatutnya bergantung pada pil enzim. Cara terbaik lagi, carilah protein rendah atau tanpa laktosa. Kebanyakan ‘weight gainer‘ memang tinggi laktosa.

No comments:

Post a Comment