Search This Blog

Friday 30 March 2012

Senaman Patut Dielakkan

Ada beberapa jenis senaman yang dah diharamkan dalam dunia sains sukan tetapi masih diamalkan di Malaysia. Kita sentiasa ketinggalan. Ada yang tahu tapi buat-buat tak tau. Kenapa diharamkan? Kerana risiko kecederaan tinggi.
Senaman di Belakang Leher

Sebelum memulakan senaman di belakang kepala seperti shoulder press behind the neckdan lat pulldown behind the neck, terlebih dahulu tanya diri anda, pernah tak anda tarik barang daripada atas, contohnya bag di atas almari daripada belakang anda. Saya yakin tiada yang buat, semua akan tarik daripada depan. Jadi kenapa kita perlu buat senaman daripada belakang?
Pergerakan tangan kuak ke belakang akan limit mengikut badan, dan kita menolaknya lebih ke belakang jika buat senaman di belakang leher. Secara logiknya, memang senaman di belakang leher sangat berkesan disebabkan dapat melakukan pergerakan penuh. Apabila buat shoulder press di belakang leher, akan dapat memaksimakan pergerakan untuk ototposterior deltoit atau bahu di bahagian belakang. Begitu juga jika melakukan lat pulldown di belakang leher, akan memaksimakan pergerakan untuk otot lattisimus dorsi atau kepak.
Dalam masa yang sama, anda juga memberi tekanan pada sendi kerana melakukan pergerakan yang melebihi kapasiti pergerakannya. Jika tanpa bebenan mungkin tiada masalah, tetapi dengan bebanan? Selain sendi, anda juga memberi tekanan pada otot teres minor yang mana arah pergerakannya sama sekali bertentangan dengan pergerakan dilakukan. Apakah hasil senaman di belakang leher? Untuk jangka masa awal anda akan nikmati hasilnya dengan belakang yang lebar, bahu yang besar tetapi untuk jangka masa panjang, anda akan merosakkan rotator cuff yang merangkumi 4 otot iaitu teres minor, supraspinatus, infraspinatus dan supscapularis. Pada peringkat awal mungkin hanya padateres minor tetapi ia akan memberi kesan terus pada rotator cuff.
Kenapa ahli bina badan masih melakukan? Saya tahu ada yang akan pertikaikan apabila masih ada profesionnal yang melakukannya. Mereka perlu cari cara lain daripada lain untuk memaksimakan penggunaan otot untuk mendapatkan hasil yang luar biasa. Terlalu banyak kes kecederaan dah direkodkan tetapi jika di sana mungkin lebih berbaloi. Untung mungkin berjuta-juta tetapi di Malaysia, apa anda dapat? Kesannya mungkin bukan dalam sehari dua, ada yang kena selepas 15 tahun. Adakah berbaloi? Senaman di belakang leher telah mula diharamkan pada tahun 2000.
Senaman apa yang sesuai untuk gantikan? Untuk otot bahu boleh tambahkan dumbbell shoulder press. Walaupun tak menyasarkan otot posterior deltoid secara terus tetapi secara tak langsung ianya menyasarkan keseluruhan otot deltoid. Manakala chin-up untuk ototlattisimus dorsi atau kepak.

No comments:

Post a Comment