Search This Blog

Thursday 29 March 2012

Otot Teras!!!

Apa itu core? Asyik bercerita pasal core tetapi ada yang tidak faham maksudnya. Dalam anatomi, core atau teras merujuk kepada badan tanpa kaki dan tangan atau boleh didefinisikan sebagainya bahagian tengah badan. Kebanyakan pergerakan bergantung kepada otot teras. Jika otot teras kuat, maka kuatlah anda.
Bahagian teras yang utama adalah perut dan pinggang. Otot utama termasuk bahagianpelvictransversus abdominismultifidus, internal dan external obliquesrectus abdominis,erector spinae (sacrospinalis), longissimus thoracis dan diaphragm. Otot teras minor termasuk lattisimus dorsi, gluteus maximus dan trapezius.
Fungsi otot teras adalah untuk menstabilkan toraks dan pelvis semasa pergerakan dinamik dan ia juga memberi tekanan untuk membantu penyingkiran bahan-bahan buangan.
Boleh dikatakan kesemua jenis latihan menggunakan otot teras termasuk squat, bench press, deadlift dan sebagainya. Begitu juga dengan sukan. Kekuatan otot teras sangat penting dalam kebanyakan pergerakan kita. Apa yang melemahkan otot teras ini? Antaranya seperti memakai tali pinggang ketika bersenam. Pemakaian tali pinggang sepatutnya jika berlatih terlalu berat dan bukannya daripada awal latihan. Tekanan intra-muscular bukan lagi pada perut tetapi pada tali pinggang.

2 comments: