Search This Blog

Thursday 29 March 2012

Kelemahan Otot


Perut (Abdominis)
Kelemahan pada otot perut meningkatkan risiko kecederaan pada pinggang semasa pergerakan hip flexionextension, stabiliti dan back extension. Ketegangan otot erector spinae di belakang boleh menyebabkan bahagian pinggang ditarik lebih daripada biasa jika otot perut lemah. Otot perut akan menarik pelvik ke hadapan dan memperbetul kedudukanerector spinae. Dalam bahasa mudah, Otot perut dan erector spinae saling bekerjasama lebih-lebih lagi apabila lumbar di tulang belakang lurus. Apa akan jadi apabila otot perut lemah? Otot iliopsoas akan menarik tulang belakang semasa pergerakan yang melibatkan pinggul.
Antara pergerakan yang terlibat:
Squat
Deadlift
Military Press (berdiri)
Hamstring


Kelemahan pada otot hamstring atau peha belakang menambah risiko kecederaan pada lutut semasa pergerakan yang melibatkan lutut, lebih-lebih lagi apabila melebihi 90 darjah. Ratio kekuatan otot hamstring (peha belakang) dan quadrisep (peha depan) sepatutnya dalam lingkungan 56 hingga 80 peratus. Dalam bahasa mudah, peha depan sepatutnya lebih kuat dan peha belakang juga perlu mengikut tetapi bukan dengan kekuatan yang sama. Peha belakang lebih lemah tetapi bukan terlalu lemah. Jika peha depan boleh mengangkat 100 kg, peha belakang sepatutnya boleh mengangkat sekitar 70 kg.
Antara pergerakan yang terlibat:
Squat
Leg Press
Supraspinatus
Supraspinatus adalah salah satu otot rotator cuff yang terletak berhampiran otot bahu. Kelemahan pada otot supraspinatus meningkatkan risiko kecederaan bahu. Senaman menguatkan supraspinatus termasuk front raise dan lying lateral raise.
Antara pergerakan yang terlibat:
Shoulder Press
Upright Row
Lateral Raise
Infraspinatus
Infraspinatus juga salah satu otot rotator cuff. Kelemahan pada otot infraspinatus juga meningkatkan risiko kecederaan bahu. Senaman menguatkan infraspinatus termasuk rowdan lying external rotation. Cuba lihat entri Senaman Menguatkan Rotator Cuff.
Antara pergerakan yang terlibat:
Bench Press
Vastus Medialis
Vastus medialis adalah salah satu otot dalam quadrisep dan terletak di bahagian dalam di tepi lutut. Kelemahan pada vastus medialis meningkatkan risiko kecederaan pada lutut.Patella atau tempurung lutut mungkin ditarik oleh vastus lateralis. Senaman yang menguatkannya termasuk leg extension dan leg press pada 20 hingga 30 darjah yang terakhir sebelum kaki lurus.
Antara pergerakan yang terlibat:
Leg Press
Squat
Leg Extension

No comments:

Post a Comment