Search This Blog

Wednesday 9 May 2012

Makanan Mencantikkan Kulit


Soalan: Adakah terdapat makanan tertentu untuk memperbaik kulit? Disebabkan kulit berlebihan, dulu pernah gemuk dan kini kurus. Kulit kusam, berkedut dan sebagainya.
Jawapan: Terdapat makanan yang membantu mencantikkan kulit, mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan, kekeringan, penipisan kulit, dan kulit berlebihan.

1. Flax dan Minyak Flaxseed
Flax kaya dengan asid alfa-linolenik (ALA), yang berasaskan lemak omega-3 tumbuhan yang merupakan komponen utama lapisan pelincir yang membuatkan kulit lembap dan lembut. Pengambilan ALA yang rendah boleh mengakibatkan penyakit dermatitis (merah, kulit gatal). Minyak zaitun juga terbukti baik untuk kulit anda.
2. Buah Cili Merah dan Lobak
Kedua-duanya adalah sumber vitamin C, yang merupakan benda penting dalam pengeluaran kolagen yang mana memberi kesan kulit kental dan melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas yang boleh membawa kepada kedutan pra-matang. Pendek kata, tingkatkan pengambilan vitamin C tidak kira daripada sumber mana. Lobak juga membantu mempertahan kulit daripada rosak disebabkan matahari.
Buah Cili Merah
3. Daging Lembu atau Ayam Tanpa Lemak
Kajian menunjukkan bahawa mereka dengan kedutan lebih cendurang dengan pengambilan protein yang rendah. Tingkatkan pengambilan protein. Menurut satu kajian, protein yang cukup dalam diet dapat mengurangkan kemungkinan kedutan sebanyak 10 peratus, penipisan kulit sebanyak 25 peratus atau kekeringan sebanyak 20 peratus.
4. Lemak
Lemak yang dimaksudkan disini adalah lemak yang baik. Essential fatty acid (EFA) membantu penjanaan dan pemulihan. Lemak meningkatkan elastisiti kulit. Lemak mono tak tepu juga menyediakan penampan yang baik di antara apa-apa toksin. Contoh makanan adalah seperti kacang almond, avocado, kacang brazil, ikan salmon dan lain-lain. Kacang almond juga tinggi vitamin E. Kacang brazil tinggi selenium yang membantu meningkatkan penghasilan glutathione.
5. Makanan yang Kaya Antioksidan
Terdapat pelbagai kebaikan antioksida. Makanan yang kaya dengan antioksida mempertahan kulit dan mengetatkan kulit. Kulit yang kental adalah kulit yang dipertahan oleh antioksida. Radikal bebas dan lemak trans boleh memburukkan lagi keadaan kulit longgar. Makanan yang kaya dengan antioksida seperti beri biru, beri hitam, delima, epal dan mana-mana buah dengan warna yang gelap. Semakin gelap, semakin tinggi tahap antioksidan di dalam makanan.
6. Elakkan Makanan Tinggi Lemak Trans
Elakkan makanan tinggi lemak trans seperti makanan segera, mee segera, makanan bergoreng dan sebagainya jika anda ingin kulit kembali kental.
7. Air
Minum air yang cukup. Kulit longgar bertambah baik jika sentiasa mengekalkan diri berair. Badan berair memboleh cecair mengalir antara sel dan menyebabkan kulit kekal anjal dan elastik.
8. Coklat
Lebih tepat, coklat hitam. Coklat hitam kaya dengan flavonol, sejenis antioksida yang biasanya ditemui di dalam buah dan sayuran tetapi lebih tinggi kepekatannya. Kajian menunjukkan mereka yang minum 326 miligram flavonol setiap hari memiliki kulit yang lebih baik dan dilindungi daripada rosak disebabkan sinaran ultraviolet.
9. Sayur Hijau
Sayur hijau seperti bayam tinggi asid hyaluronik yang mana membantu kulit kekal lembab dan mengurangkan kedutan. Sayur hijau juga tinggi vitamin A. Kajian menunjukkan folatedalam sayur hijau membantu dalam membaiki dan mempertahan DNA. Ia juga membantu penjanaan sel dan mengurangkan kerosakan sel.
10. Teh Hijau
Teh hijau memiliki sifat anti-radang, anti-bakteria dan antiviral. Ianya kaya dengan antioksida polyphenol. Vitamin C, D, K, riboflavin, kalsium, magnesium, zink dan zat besi juga terkandung dalam teh hijau. Mengamalkan pengambilan teh hijau bukan sahaja membantu dalam diet tetapi juga memperbaik kulit. Teh hijau digalakkan minum semasa panas. Teh hijau panas membebaskan catechin, antioksida yang melawan radang dan barah.
11. Kentang Manis
Kentang manis, lobak merah tinggi beta-carotene. Beta-carotene diperlukan untuk penghasilan kulit yang cantik. Ia bekerjasama dengan vitamin A dan C.
Kentang Manis / Ubi Keledek Jepun
12. Serat Tinggi
Makanan berserat tinggi seperti roti serat, sereal memiliki kandungan vitamin B yang tinggi yang mana memaksa kulit berfungsi secara normal. Makanan tinggi gula segera akan memberi kesan pada paras insulin yang akhirnya menyebabkan keradangan kulit.
Keadaan kulit berlebihan akan ambil masa untuk kembali kental. Mungkin agak lama, mencecah bulan atau tahun. Proses ini memakan masa. Bagi mereka yang sedang menurunkan berat badan dinasihatkan mengikut diet yang betul ketika proses melakukannya jika tidak mahu masalah ini kena pada anda.

No comments:

Post a Comment