Apa yang hendak dibuat pada hari cuti? Saya mengesyorkan anda pergi
urut. Bukan urut geli-geli yang mana berakhir dengan pertanyaan, ‘abang
nak urut batin?’ , tetapi dapatkanlah urut yang betul. Banyak sebenarnya kelebihannya berurut ini.
Kajian dibuat terhadap pelajar perubatan di Universiti Perubatan dan
Perubatan Gigi New Jersey yang menerima terapi urutan sebelum memulakan
peperiksaan didapati bahawa terdapat penurunan yang signifikan pada
tahap kecemasan dan kadar pernafasan, serta peningkatan yang signifikan
dalam sel darah putih dan memberi manfaat kepada sistem imunisasi tubuh.
Keputusan awal juga menunjukkan pesakit kanser kurang rasa sakit
setelah menerima terapi urutan di Rumah Sakit Kanser James dan Institut
Penyelidikan di Columbus, Ohio.
Kajian yang dijalankan oleh Institut Kesihatan Nasional (NIH) telah
menemui bahawa urutan bermanfaat untuk menaikkan berat badan untuk bayi
yang terdedah pada HIV dan memudahkan pemulihan pada pesakit yang
menjalani pembedahan perut. Di Sekolah Perubatan Setuhan Universiti
Miami, para penyelidik mendapati bahawa urut sangat membantu dalam
menurunkan tekanan darah pada mereka yang ada hipertensi, mengurangkan
rasa sakit pada penderita migrain dan meningkatka kewaspadaan dan
prestasi kerja.
Peningkatan jumlah kajian menunjukkan urut mampu mengurangkan
denyutan jantung, menurunkan tekanan darah, meningkat pengaliran darah,
merehatkan otot, memperbaik jarak pergerakan (range of motion),
dan meningkatkan endorfin. Walaupun terapi urutan tidak meningkatkan
kekuatan otot tetapi ia dapat meransang otot-otot yang lemah dan tidak
aktif. Ia juga boleh mempercepat pemulihan yang baik dari latihan atau
kecederaan.
Kelebihan Urut
Apa sebenarnya manfaat dari menerima rawatan atau terapi urut ini? Menurut kajian, urut boleh
- mengurangkan sakit pinggang dan meningkatkan kelenturan
- membantu ibu mengandung bersalin dengan lebih mudah
- mengurangkan pergantungan pada ubat-ubatan
- meningkatkan imunisasi dengan merangsang sistem pertahanan semulajadi.
- mempersiapkan dan pulih dari latihan yang berat
- memperbaik kulit selaku organ terbesar kita
- meningkatkan fleksibiliti sendi
- mengurangkan kemurungan dan kegelisahan
- meningkatkan baik pulih tisu dan mengurangkan stretch mark serta parut
- memperbaik peredaran darah dan pengempaman oksigen dan nutrisi ke rangkaian otot
- mengurangkan bengkak dan kram
- merehatkan dan menghilangkan keletihan
- membebaskan endorphins iaitu asid amino yang bekerja sebagai penghilang sakit semulajadi
- mengurangkan migrain
Penyelidikan berterusan menunjukkan manfaat besar dari sentuhan untuk
penyakit-penyakit kronik, gangguan saraf, luka dan juga untuk
mengurankan ketegangan gaya hidup moden. Banyak hospital kita
menggabungkan urutan bahkan Spa untuk merawat pesakit selepas pembedahan
atau sebahagian daripada proses pemulihan.
Topik kali ini agak pendek sebagai pengenalan kepada urutan. Terdapat
pelbagai jenis urut yang akan dibincangkan dalam topik akan datang. . Selamat bercuti.
No comments:
Post a Comment