Ada yang bertanya kenapa saya ambil minyak zaitun satu sudu setiap pagi. Kenapa? kan minyak zaitun itu minyak? minyak itu lemak?
Minyak Zaitun Untuk Turunkan Berat Badan
Minyak zaitun dikenali sebagai sebahagian daripada diet yang sihat.
Penyelidikan terbaru di Kolej Beloit di Wisconsin melaporkan bahawa
mengambil 1 sudu teh setiap hari mampu menolong mereka yang ingin
menurunkan lemak sehingga 1 lbs seminggu. Minyak zaitun berasal dari
pokok zaitun (Olea europaena) dan merupakan tanaman Mediterranean
tradisional.
Bagaimana Minyak Zaitun Bekerja?
Minyak Zaitun adalah sumber lemak yang baik dan telah terbukti untuk
membakar tiga kali lebih cepat daripada lemak tak baik seperti lemak
trans yang dijumpai dalam produk-produk komersial makanan. Kandungan
asid oleik dalam minyak zaitun merupakan komponen yang dipercayai
bermanfaat sebagai penentang lemak. Ia membantu supaya tisu-tisu lemak
berhenti mengambil lemak di dalam salur darah. Hal ini juga membantu
sel-sel lemak dengan mengeluarkan lemak yang disimpan ke dalam aliran
darah sehingga boleh dibakar.
Dalam pencernaan, asid oleik ditukarkan ke OEA, hormon melawan
kelaparan. OEA meransang sel-sel saraf dan memberitahu otak anda bahawa
anda telah penuh. Menurut kajian, mereka yang mengambil satu sudu teh
minyak zaitun ketika sarapan mampu meningkatkan metabolisme badan
sehingga 60% berbanding mereka yang tidak mengambilnya. Minyak zaitu
diyakini membakar dengan cepat dan menghasilkan peningkatan metabolisme.
Para penyelidik dalam kajian ini mengesyorkan mengambil satu sudu
minyak zaitun di waktu pagi dengan perut kosong.
Kebaikan Minyak Zaitun
Menurut Klinik Mayo, minyak zaitun adalah pilihan yang sihat dalam
lemak. Ia mengandungi lemak tak tepu yang mana dapat menurunkan kadar
kolesterol tak baik (LDL) dalam darah. Pentadbiran Makanan dan Ubatan
(FDA) melaporkan bahawa kira-kira 2 sudu minyak zaitun setiap hari (23
gram) dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.
Apakah Jenis?
Terdapat pelbagai jenis minyak zaitun di pasaran. Carilah yang ada
tulis ‘extra virgin’ atau ‘virgin’. Ini adalah yang paling baik untuk
kesihatan jantung kerana ia mengandungi tahap polyphenol yang tinggi,
satu antioksidan yang kuat untuk kesihatan jantung. Jika sukar nak
menelan minyak zaitun, boleh campurkan dalam salad. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment