Bahagian teras yang utama adalah perut dan pinggang. Otot utama termasuk bahagianpelvic, transversus abdominis, multifidus, internal dan external obliques, rectus abdominis,erector spinae (sacrospinalis), longissimus thoracis dan diaphragm. Otot teras minor termasuk lattisimus dorsi, gluteus maximus dan trapezius.
Fungsi otot teras adalah untuk menstabilkan toraks dan pelvis semasa pergerakan dinamik dan ia juga memberi tekanan untuk membantu penyingkiran bahan-bahan buangan.
Boleh dikatakan kesemua jenis latihan menggunakan otot teras termasuk squat, bench press, deadlift dan sebagainya. Begitu juga dengan sukan. Kekuatan otot teras sangat penting dalam kebanyakan pergerakan kita. Apa yang melemahkan otot teras ini? Antaranya seperti memakai tali pinggang ketika bersenam. Pemakaian tali pinggang sepatutnya jika berlatih terlalu berat dan bukannya daripada awal latihan. Tekanan intra-muscular bukan lagi pada perut tetapi pada tali pinggang.
keren
ReplyDeletetips yang bagus
ReplyDelete